Mengapa pilih ayam kampung ?
1. Ayam kampung ini diternak melalui kaedah lepas atau free-range iaitu ayam kampung akan menjadi lebih tahan lasak dan membesar secara semula jadi.
Kesannya ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia. Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang rendah kolesterol dan lemak, tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat.
2. Pembesaran ayam kampung tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran. Jadi ayam kampung membesar secara fitrah yang asal.
3. Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang sedap dan berkhasiat tinggi. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersial yang dijual di pasaran. Kandungan yang dimiliki oleh ayam kampung ialah 246 tenaga (kkal), 37.9 protein (gr), dan 9 lemak (gr).
4. Dari segi nutrisi, ayam daging komersial lebih tinggi lemaknya berbanding ayam kampung. Ayam kampung juga kaya dengan kandungan mineral seperti kalsium, karbon, zat besi, fosfer, kalium, dan zinc serta mempunyai vitamin A dan B.
5. Ayam kampung ini tidak diberi sebarang suntikan bahan kimia seperti ayam daging di pasaran. Perkara ini jelas menggambarkan ayam kampung jauh lebih sihat berbanding ayam daging di pasaran, kebiasaannya ayam daging akan mula diproses pada usia 3-4 bulan.
Berbeza pula dengan ayam kampung yang memakan masa lebih daripada itu untuk disembelih atau diproses.
6. Kualiti atau seri warna kuning telur berbeza dengan telur dari ayam penelur.
Sila kongsi dengan orang lain agar mereka pun tahu fakta ini.
Klik share di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan