Berikut adalah 3 sikap yang mesti dan perlu anda
praktikkan jika anda berhajat nak jadi usahawan penternak ayam,
yang berjaya.
1) Jadilah yang banyak
memberi dan berkongsi. Jangan kedekut.
Anda boleh memberi atau berkongsi apa sahaja pengalaman
atau ilmu menternak ayam seperti teknik yang betul membuat reban, teknik yang
betul merawat ayam yang berpenyakit dan teknik yang betul untuk memasarkan
ayam. Tambahan pula di luar sana masih ramai lagi orang yang menternak ayam
dengan teknik yang salah. Yang mana banyak berakhir dengan kerugian seperti
banyak ayam yang mati dan sebagainya.
Kerana semakin banyak anda memberi atau berkongsi
sesuatu yang baik dengan orang lain maka semakin banyak keberkatan dalam rezeki
anda.
2) Berkawan dengan hampir semua penternak lain. Jangan
sombong.
Akan sampai satu tahap di mana kita akan rasa sudah
cukup ilmu pengalaman atau rasa sudah kukuh dari segi kewangan dan rasa sudah
ramai kenalan. Maka ketika itu kita rasa tidak perlu lagi berkawan dengan
peminat atau penternak ayam yang baru dan kita mula menghadkan untuk bergaul
dengan mereka.
Hal ini akan merugikan anda sendiri kerana secara tak
langsung anda telah menutup jalan-jalan rezeki yang akan masuk kepada anda.
Sedangkan rezeki bergerak dari semua tangan-tangan orang lain sebelum sampai ke
tangan anda.
Oleh itu berkawanlah dengan semua orang.
3) Mesti berani gagal.
Sudah lumrah sesuatu yang baru dibuat akan banyak menemui
kegagalan. Kepada yang yang baru nak belajar menternak ayam biasanya anda akan
merasai banyak kegagalan seperti ayam dijangkiti penyakit, ayam banyak yang mati,
kos ubatan dan makanan meningkat tetapi hasil jualan pula tidak berbaloi dan
sebagainya.
Ini adalah biasa. Namun begitu, semua kegagalan itu adalah satu cara
untuk anda mengutip ilmu dan melakukan penambahbaikkan anda di dalam perjalanan untuk menjadi
penternak yang berdayamaju di masa akan datang.
Yang penting anda jangan cepat putus-asa. Anda mesti berani
mengharungi kerenah semasa berjalan untuk menjadi penternak yang berjaya.
Dan ingatlah, bukan anda sorang sahaja yang pernah gagal, orang
lain pun pernah begitu.
Sabri Ibrahim
#Sabri69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan