Berikut adalah antara kesilapan yang dilakukan oleh penternak ayam, dalam usaha untuk menjalankan penternakan ayam.
1) TIDAK MELAKUKAN PROMOSI.
Kajian mendapati 96% perniagaan ayam gagal kerana berpunca dari tidak melakukan promosi.
Kajian mendapati 96% perniagaan ayam gagal kerana berpunca dari tidak melakukan promosi.
Promosi perniagaan ayam perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan penternakan ayam anda kepada semua.
Apabila orang tahu kewujudan tempat penternakan atau tempat anda menjual ayam, barulah mereka akan datang.
2) TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DALAM MEDIUM PROMOSI.
Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang ayam yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang ayam yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.
Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk tidak membeli.
3) HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI.
Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan ayam.
Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan ayam.
Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.
Ada juga usahawan ayam yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja. Contohnya, hanya fokus kepada jualan di facebook sahaja.
Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.
Sekiranya hanya promosi menggunakan facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan facebook, blog, Email, dan enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih ?
Tetapi ingat jangan memasukkan iklan pada platform yang tidak membenarkan anda beriklan.
Sebagai contoh, promosi perniagaan di facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.
Ini adalah tidak beretika di alam internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti diri sendiri.
Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh.
Sila share dengan semua kawan anda. Supaya bisnes ayam kita sama-sama maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan