10 November 2016

Cara Untuk Tingkatkan Jualan Ayam

1) melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa ayam yang sihat, cergas dan tiada apa jua jenis penyakit dan perkhidmatan melayankan kehendak pembeli ayam menentukan kejayaan perniagaan ayam.
Manakalan kalau ayam yang lemah, monyok dan ada penyakit sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka.
Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda yang ayam yang berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Oleh itu. tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2) melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginkan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan ayam anda.
Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Contoh, sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran ayam dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu faktor utama dalam memilih perniagaan.

3) melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran ayam yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam menarik hati peminat ayam.Ramai pembeli atau peminat ayam kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Jadi, tawani pembeli dengan memberi ayam yang terbaik dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti ayam anda.

4) melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang tidak disangkakan oleh pelanggan anda akan menarik hati mereka. Tetapi, berilah lebih daripada apa yang mereka sangkaka. Ini akan menggembirakan mereka!
Ini akan menarik pelanggan lain pula kerana pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

Untuk lihat stok semasa ayam yg nak dijual, klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan