Hari ni hujan di kampung saya. Dari pagi lagi. So, untuk ke reban mungkin tengahari sikit.
So, masa yang terluang ni, saya nak kongsi dengan peminat ayam semua, satu teknik untuk melariskan jualan ayam.
Iaitu KAIN RENTANG ATAU BUNTING
Secara amnya kain rentang atau bunting adalah penting untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat bahwa anda ada menternak dan menjual ayam.
Semakin ramai orang tahu bahwa anda ada menternak dan menjual ayam maka semakin tinggi potensi untuk jualan anda meningkat.
Berikut adalah 6 perkara yang perlu anda tahu mengenai kain rentang atau bunting.
1) Letakkannya di kawasan strategik, yang paling kerap dilalui oleh trafik.
2) Pastikan informasi seperti nama kedai, nombor telefon dan alamat adalah jelas dan cukup besar untuk orang nampak.
3) Pemilihan warna yang terang dan gambar membantu bunting anda lebih menyerlah berbanding bunting lain.
4) Dapatkan designer yang mahir untuk rekaan bunting anda.
5) Jadi peniaga professional. Dapatkan permit sah untuk menggantung bunting. Ini akan bina kredibiliti perniagaan anda.
6) Cari agen yang boleh bantu anda pasang bunting. Anda tak perlu panjat tiang letrik ‘tu sendiri!
Klik share agar sahabat anda juga berpengetahuan seperti anda.. Tak rugi pun. Bahkan bertambah rezeki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan